Sunday 22 November 2015

RUKUN DAN SYARAT UNTUK NIKAH DAN MAHAR

BAB I
 PENDAHULUAN

Pernikahan merupakan salah satu ibadah yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Hal ini tersurat dalam firman Allah:
 “Dan diantara tanda-tanda kekuasaany-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan hidup dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadiakn-Nya diantaramu rasa kasih dan saying. Sesuangguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Qr-Ruum:21)
Artinya : dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui. (QS An-Nuur:32)
Dari firman tersebut, kita dapat mengambil kesimpulan bahwa perkawinan merupakan salah satu ibadah yang dianjurkan oleh Allah. Lantas perkawinan seperti apakah yang sesuai dengan syariat islam, dan apa saja rukun dan syarat dari sebuah perkawinan?


















BAB II
PEMBAHASAN

2.1. Rukun Perkawinan
Rukun adalah bagian dari sesuatu, sedang sesuatu itu takkan ada tanpanya.Dengan demikian, rukun perkawinan adalah ijab dan kabul yang muncul dari keduanya berupa ungkapan kata (shighah). Karena dari shighah ini secara langsung akan menyebabkan timbulnya sisa rukun yang lain.
Ijab yaitu ucapan yang terlebih dahulu terucap dari mulut salah satu kedua belah pihak untuk menunjukkan keinginannya membangun ikatan.
Sedangkan Qabul adalah apa yang kemudian terucap dari pihak lain yang menunjukkan kerelaan/ kesepakatan/ setuju atas apa yang tela siwajibkan oleh pihak pertama.
Dalam menikah dalam ajaran agama islam ada aturan yang perlu dipatuhi oleh calon mempelai serta keluarganya agar perkawinan yang dilakukan sah secara agama sehingga mendapat ridho dari Allah SWT. Untuk itu mari kita pahami dengan seksama aturan, rukun, pantangan dan persayaratan dalam suatu perkawinan.
Setiap ibadah tentunya mempunyai rukun dan syarat, agar ibadah tersebut sah dan sesuai dengan ajaran islam. Dalam konteksnya dengan perkawinan, rukun dari sebuah pernikahan adalah:
a.        Adanya calon mempelai pria dan wanita
b.        Adanya wali dari calon mempelai wanita
c.        Dua orang saksi dari kedua belah pihak
d.       Adanya ijab; yaitu ucapan penyerahan mempelai wanita oleh wali kepada mempelai pria untuk dinikahi
e.        Qabul; yaitu ucapan penerimaan pernikahan oleh mempelai pria (jawaban dari ijab)
2.2. Syarat Pernikahan
Setiap rukun yang ada harus memiliki syarat-syarat tertentu. Hal ini demi sahnya sebuah pernikahan. Adapun syarat-syarat pernikahan tersebut adalah:
a.    Mempelai pria:
         Beragama Islam
         Tidak ada paksaan
         Tidak beristri empat orang
         Bukan mahram mempelai wanita
         Tidak memiliki istri yang haram dimadu dengan calon mempelai wanita
         Calon istri tidak haram dinikahi
         Tidak sedang ihram haji atau umrah
         Cakap melakukan hokum rumah tangga
         Tidak ada halangan pernikahan
b.    Mempelai wanita
         Wanita (bukan banci)
         Beragama islam
         Member ijin kepada wali untuk dinikahkan
         Tidak bersuami atau dalam masa iddah
         Bukan mahram mempelai pria
         Belum pernah di li’an oleh calon suami
         Jelas orangnya
         Tidak sedang dalam ihram haji atau umrah
c.    Tidak ada halangan pernikahan
 Seseorang dinyatakan tidak terhalang pernikahannya karena:
•    Hubungan darah terdekat (nasab)
•    Hubungan persusuan (radla’ah)
•    Hubungan persemendaan (mushaharah)
•    Talak ba’in kubra
•    Permaduan
•    Beristri 4 orang
•    Li’an
•    Masih bersuami atau dalam masa iddah
•    Mempelai pria yang non-muslim
•    Ihram haji atau umrah
d.    Wali mempelai wanita
         Pria
         Beragama islam
         Mempunyai hak atas perwalian
         Tidak ada halangan untuk menjadi wali
e.  Saksi
         Dua orang pria
         Beragama islam
         Baligh
         Hadir dalam acara akad nikah
         Mengerti arti dan maksud pernikahan
f.   Syarat akad nikah
         Adanya ijab dari wali mempelai wanita
         Adanya qabul oleh mempelai pria
         Ijab menggunakan kata-kata nikah atau yang searti dengannya
         Ijab dan qabul harus jelas dan saling berkaitan
         Ijab dan qabul dalam satu majlis
         Tidak sedang dalam ihram haji atau umrah
g.   Menurut Undang-Undang Perkawinan
-          Perkawinan/pernikahan didasari persetujuan kedua calon mempelai
-          Bagi calon yang berusia di bawah 21 tahun harus punya izin orang tua atau wali yang masih ada hubungan darah dalam garis keturunan lurus atau melalui putusan pengadilan
-          Umur atau usia minimal untuk menikah untuk pria/laki-laki berusia 19 tahun dan untuk wanita/perempuan berumur paling tidak 16 tahun.

2.3.  Mahar
A.  Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. 
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.  
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984  menyatakan “ mas kahwin “  bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4  :
Yang artinya :“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “  
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24: 
Yang artinya : “ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )” 
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami  hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada   2zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya. 
B. Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya  sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidakwajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
C. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam
Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 )  dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut  :
(1)      Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2)      Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :
a)  nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b)  nilai dan butir-butir lain pemberian;
c)  nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.
D. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya  : Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang  perbelanjaan (mahar). ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
Yang Artinya : “ Kamu  telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “ 
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.
E. Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar  musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :
1)      Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2)      Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b.   Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah  diqiaskan  ( disamakan )  dengan mahar  perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,  keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.
F.    Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
 Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri. 
Walau bagaimanapun terdapat  keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa mahar langsung daripada suami iaitu  :
a)  Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 : 
Yang Artinya : “  Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya ) separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika merekasendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri. 
Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian  sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.
 b)  Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat  pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.










BAB III
KESIMPULAN

Nikah atau perkawinan tidak akan syah apabila salah satu rukun atau syaratnya tidak terpenuhi, dan apabila tidak syah maka jelas hubungannya adalah zina.
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggung jawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.   
Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar  al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat dirhamkatanya,   “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan keranajikalau dia dimuliakan di dunia,  atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama   ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itudi masukkan  ke dalam      Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :
Terjemahan :  “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu  (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu “ ( surah al Nisa : 20 )

















DAFTAR PUSTAKA

Prof. Dr. Nasution Khoirudin, MA., Hukum Perkawinan, Yogyakarta: ACAdeMIA + TAZZAFA. 2005
Prof. Dr. T. Jafizham, S.H., Persintuhan Hukum di Indonesia dengan Hukum Perkawinan Islam, Jakarta: PT. Mestika. 2006
Drs. Ahmad Saebani, Beni Dkk. Hukum Perdata Islam di Indonesia, Bandung: CV. Pustaka Setia. 2011
Abd. Rahman Ghazaly, Fiqih Munakahat, Jakarta : Kencana Prenada Media Group, 2003, cet. ke-2.
 Kompilasi Hukum Islam di Indonesia, Departemen Agama RI Deriktorat Jendral Pembinaan Kelembagaan Agama Islam 1997/1998.
Muhammad Shahrur, Metodologi Fikih Kontemporer, Yogyakarta : Eisaq Press, 2004.


       








No comments:

Post a Comment